Dengan kebangkitan Blender versi 2.8, seni 3d mula mendapat nama di seluruh dunia.Ini kerana Blender merupakan perisian 3D PERCUMA yang mampu menghasilkan animasi dan grafik 3D setanding perisian 3D lain yang ada di pasaran. Ianya pantas, cantik dan juga...tiada kos langsung untuk lesen perisian! Kursus ini sangat sesuai untuk pemula yang nak belajar asas 3D modelling. Dalam kursus ini, anda akan mempelajari bagaimana untuk menggunakan Blender bagi menghasilkan bilik 3D isometrik. Saya akan tunjukkan cara menggunakan modeling tools di dalam Blender, cara untuk navigasi dan menggunakan shortcut, cara untuk menyediakan pencahayaan dan juga tetapan untuk render. Anda akan mempelajari cara mudah untuk model perabot-perabot low-poly dan juga cara menggunakan 'modifier' untuk mempercepatkan proses modeling.

Modul Kursus:

Ulasan Kursus:

Purata Rating 0
0 Ratings
Perincian
5 Stars 0
4 Stars 0
3 Stars 0
2 Stars 0
1 Stars 0

Belum ada ulasan.