Belajar cara untuk menghasilkan video yang professional menggunakan Software Adobe Premiere Pro. Melalui 40 video ini, anda akan mempelajari semua ciri dan alat yang disediakan oleh Premiere Pro untuk menghasilkan video berkualiti, sangat sesuai sama ada anda baru sahaja dalam bidang video editing dan tidak ada basic ilmu editing ataupun jika anda sudah mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Kursus ini akan membimbing anda melalui semua proses “Workflow Editing” dari awal hingga akhir. Kami menyediakan “Tutorial step by step” untuk cara mengedit menggunakan semua alat dan teknik dalam Adobe Premiere Pro sepanjang tempoh kursus tersebut. Dengan menguasai asas-asas ini, anda sudah mampu untuk menghasilkan video professional seperti video yang kami hasilkan untuk 70+ client kami setakat hari ini.